Rabu, November 30, 2011
pendaftaran subjek
KOLEJ NEGERI
CHEDANG CAMPUS
ENSURING EMPLOYMENT & ENTREPRENEURSHIP
___________________________________________________________________________
MEMO
___________________________________________________________________________
KEPADA : Semua Pelajar Diploma
DARIPADA : Ketua Program
TARIKH : 22 November 2011
PERKARA : PENDAFTARAN SEMESTER 2 SESI 20112012
Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Di maklumkan, Pendaftaran Subjek Bagi Semester 2 Sesi 20112012 akan diadakan pada 5 Disember 2011 hingga 14 Disember 2011.
3. Sehubungan dengan itu, pelajar yang ingin mendaftar wajib berurusan dengan Bahagian Kewangan dahulu. Pelajar akan berurusan dengan Bahagian Akademik selepas mendapat kelulusan Bahagian Kewangan. Berikut ialah maklumat penting berkaitan pendaftaran yang perlu pelajar patuhi :
Bil Bahagian Tarikh Masa
1 Kewangan 5 Disember 2011 – 14 Disember 2011 9.00 am – 12.00 pm
2.30 pm – 4.00 pm
2 Akademik 7 Disember 2011 – 14 Disember 2011 9.00 am – 12.00 pm
2.30 pm – 4.00 pm
4. Pelajar yang lewat mendaftar akan dikenakan denda RM 10.00 bermula daripada tarikh 15 Disember 2011 dan tambahan RM 1.00 untuk setiap hari yang berikutnya.
5. Kuliah Semester 2 Sesi 20112012 akan bermula pada 15 Disember 2011. Bagi memudahkan urusan pendaftaran, semua pelajar diminta merujuk carta aliran pendaftaran seperti yang dilampirkan.
Sekian. Terima kasih
Dicatat oleh HAL EHWAL AKADEMIK di 7:43 PTG
Khamis, Julai 07, 2011
JADUAL WAKTU KELAS SEMESTER 1 SESI 20112012
JADUAL WAKTU KELAS SEMESTER 1 SESI 20112012
Di maklumkan, kepada semua pelajar yang telah mendaftar pada semester 1 sesi 20112012, kelas anda akan bermula pada 8 Julai 2011.
Bersama ini dilampirkan Jadual Waktu bagi setiap program untuk beberapa subjek. Sila rujuk jadual di bawah untuk mengetahui masa dan tempat. Jadual ini hanya digunakan pada 8 Julai 2011. Bagi subjek-subjek yang tidak tersenarai dalam jadual ini, kelas anda akan bermula pada minggu hadapan pada 11 Julai 2011.

Dicatat oleh HAL EHWAL AKADEMIK di 2:16 PG