Rabu, November 30, 2011

carta alir pendaftaran semester 2 sesi 2011/2012

pendaftaran subjek

KOLEJ NEGERI
CHEDANG CAMPUS
ENSURING EMPLOYMENT & ENTREPRENEURSHIP
___________________________________________________________________________

MEMO
___________________________________________________________________________

KEPADA : Semua Pelajar Diploma


DARIPADA : Ketua Program

TARIKH : 22 November 2011

PERKARA : PENDAFTARAN SEMESTER 2 SESI 20112012

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Di maklumkan, Pendaftaran Subjek Bagi Semester 2 Sesi 20112012 akan diadakan pada 5 Disember 2011 hingga 14 Disember 2011.

3. Sehubungan dengan itu, pelajar yang ingin mendaftar wajib berurusan dengan Bahagian Kewangan dahulu. Pelajar akan berurusan dengan Bahagian Akademik selepas mendapat kelulusan Bahagian Kewangan. Berikut ialah maklumat penting berkaitan pendaftaran yang perlu pelajar patuhi :

Bil Bahagian Tarikh Masa
1 Kewangan 5 Disember 2011 – 14 Disember 2011 9.00 am – 12.00 pm
2.30 pm – 4.00 pm
2 Akademik 7 Disember 2011 – 14 Disember 2011 9.00 am – 12.00 pm
2.30 pm – 4.00 pm

4. Pelajar yang lewat mendaftar akan dikenakan denda RM 10.00 bermula daripada tarikh 15 Disember 2011 dan tambahan RM 1.00 untuk setiap hari yang berikutnya.

5. Kuliah Semester 2 Sesi 20112012 akan bermula pada 15 Disember 2011. Bagi memudahkan urusan pendaftaran, semua pelajar diminta merujuk carta aliran pendaftaran seperti yang dilampirkan.



Sekian. Terima kasih