RENUNGAN BERSAMA


                                                                   
                                                                                                            



Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan
(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa memohon kejayaan cemerlang 
(Dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.)

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha 
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' 
wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,  tempat para syuhada dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh




     PERSEDIAAN MENTAL MENJELANG PEPERIKSAAN








                                            Malam Peperiksaan

1.  Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.


2. Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen,pensel,pemadam,       pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.

3. Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.

                                 Pagi Sebelum Peperiksaan

1.Jangan lupa ambil sarapan pagi.
2. Jangan lupa bawa kad pengenalan,slip peperiksaan anda.
3.Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
4..Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.
5.4.Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
6.Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
7.Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.

                MEMULAKAN PEPERIKSAAN 


1.Dengar arahan pengawas peperiksaan.
2.Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.
3.Lihat semua soalan.
4.Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).
5.Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.
6.Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.



Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakalah kepada Allah SWT, InsyaAllah anda pasti berjaya.





                        USAHA TANGGA KEJAYAAN

 
Peperiksaan ibarat sebuah medan peperangan untuk menguji kemampuan, strategi, ilmu pengetahuan, dan ketangkasan yang di miliki oleh calon. ia juga menjadi kayu pengukur kepada kecemerlangan seseorang dalam bidang akademik yang diceburi. oleh tu berusahalah untuk mencapai kejayaan.. 




                                                   MUTIARA KATA



Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera dikedai makan, makan dahulu bayar kemudian. Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan, tanam,jaga dan nikmati hasilnya kemudian.~Osman Affan

USAHA + TAWAKKAL + DOA = KEJAYAAN DAN KEREDHAAN ALLAH
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan,  
Dimana ada kemenangan disitu ada kecemerlangan..

Dalam retak menanti belah,
Biar langkah terpaksa dipapah,
Biar segunung cabaran melimpah,
Jangan disebut ungkapan kalah. 

Jadikan keyakinan sebagai pegangan hidup,
Dorongan sebagai teman setia,
Putus asa dijadikan musuh durjana,
Dan jadikan tekun dan usaha sebagai tangga kejayaan.